29 May
29May

Berikut merupakan kesalahan umum yang sering dilakukan oleh pelajar ketika menghasilkan karangan. Kesalahan penggunaan bahasa ini dapat dielakkan sekiranya pelajar cakna dan mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan sewaktu menghasilkan karangan.


KESILAPAN EJAAN (KATA)

SALAH
BETUL

SALAH
BETUL

auto matif

audien

agreget

arithmetik

agen (wakil)

ampangan

aked

akitek

analisa

atlit

atnik

anggrik

baucer

bistari

bowling

buffet

bumiputra

buroh

calun

cocok (tusuk)

cucuk (sesuai)

catit

cendiawan

cop

dasyhat

dialog

definasi

deligasi

deraf

durhaka

efisyen

ekur

ehsan

engzos

ekslusif

ekspot

ekspress

emel

engkar

fadhilat

fax

faksimili

Febuari

gembeling / gembeleng

automotif

audiens

agregat

aritmetik

ejen (wakil)

empangan

arked

arkitek

analisis

atlet

etnik

anggerik

baucar

bestari

boling

bufet

bumiputera

buruh

calon

cucuk (tusuk)

cocok (sesuai)

catat

cendekiawan

cap (cetak)

dahsyat

dialog

definisi

delegasi

draf

derhaka

efisien

ekor

ihsan

ekzos

eksklusif

eksport

ekspres

e-mel

ingkar

fadilat

faks

faksimile

Februari

gembleng

geraf

geharu

hajjah

hurmat

ide

idap

iktizam

impot

injin

inspekter

insuran

Insyaallah / Insya Allah

istihar

istirehat

isya

justru

jeket

kampong

kapitalisma

katun

kefeteria

komidi

komisyen

kondaktor

konsotium

kontrek

korum

kaptain

karenah (ragam)

kelender

keredhaan

kerinting

kianat

ko-kurikulum

kolestrol

komersil

komplek

kontingen

lagenda

lakun

lapuran

lebel

lencungan

leukimia

graf

gaharu

hajah

hormat

idea

hidap

iltizam

import

enjin

inspektor

insurans

insya- Allah

isytihar

istirahat

isyak

justeru

jaket

kampung

kapitalisme

kartun

kafeteria

komedi

komisen

konduktor

konsortium

kontrak

kuorum

kapten

kerenah

kalendar

keredaan

keriting

khianat

kokurikulum

kolesterol

komersial

kompleks

kontinjen

legenda

lakon

laporan

label

lencongan

leukemia

SALAH
BETUL
SALAH
BETUL

lojik

losyen

letrik

lojistik

maksima

manafaat

masaalah

mee

mekanisma

mencatit

mengenengahkan

megenepikan

mengujudkan

mengwujudkan

mentera

merbahaya

minima

munshi

nasionalisma

odit

oditorium

optima

organisme

otomatik

otomobil

pamir

paspot

patriotisma

pehak

pelancung

pemerosesan

pemilekan

pengembala

pengemblengan

pensil

perabut

perihatin

perlaburan

perlancaran

perletakan

pertunjukkan

pesaraan

pesiaran

plan

profession

prosidur

logik

losen

elektrik

logistik

maksimum

manfaat

masalah

mi

mekanisme

mencatat

mengetengahkan

megetepikan

mewujudkan

mewujudkan

mantera

berbahaya

minimum

munsyi

nasionalisme

audit

auditorium

optimum

organisma

automatik

automobil

pamer

pasport

patriotisme

pihak

pelancong

pemprosesan

pemilikan

penggembala

penggemblengan

pensel

perabot

prihatin

pelaburan

pelancaran

peletakan

pertunjukan

persaraan

persiaran

pelan

profesion

prosedur

protin

pekej

pesonal (kakitangan)

petrolium

platfom

profail

profesyenal

sekala

sekelian

sekim

sessi

setor

siksa

silaturrahim

snooker

stesyen

stokin

sunnah

sabsidi

sanwic

selinder

skima

spesis

stem

talipon

taugeh (sayuran)

trampil

tulin

ugama

usek

warong

vokasyenal

yunit

protein

pakej

personel

petroleum

platform

profil

profesional

skala

sekalian

skim

sesi

stor

seksa

silaturahim

snuker

stesen

stoking

sunah

subsidi

sandwic

silinder

skema

spesies

setem

telefon

tauge

terampil

tulen

agama

usik

warung

vokasional

unit



Kesalahan-Kesalahan Lain Yang Sering Dilakukan Pelajar


1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di … salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang) betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan


 2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih 


3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada 

  • dari – rumus ATM

 A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan) 

T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin) 

M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang) 

  • daripada – rumus KABOS

 K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu) 

A – asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung) 

B – banding /beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)

 O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)

S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)


 4 Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak) 

  • salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli 
  • betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli 


5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan 

  • salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi 
  • betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi 


6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan 

  • salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali 
  • betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali 


7 Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)

  •  salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
  •  betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan 


8 Pembentukan ayat pasif 

  • Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
  • Surat itu telah kami hantar. (betul) 
  • Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
  •  Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) 


9 Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan 


10 Menjarakkan imbuhan pinjaman

  •  salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
  •  betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa 

11 Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti

        Pada

  • berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding) 
  • bagi menunjukkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu)
  •  bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)


        Kepada 

  • menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya) 
  • menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya)
  •  menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)


Oleh itu, setiap pelajar perlu berhati-hati sewaktu menulis. Pelajar diingatkan untuk membuat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian para pelajar amat diperlukan bagi mengelakkan kesilapan teknikal berlaku sewaktu menghasilkan karangan. Penulisan karangan yang baik sememangnya memerlukan kemahiran yang amat tinggi. Justeru itu, para pelajar perlulah sentiasa mengasah kemahiran menulis dengan melakukan lebih banyak latihan penulisan kerana penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara imaginasi.






Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING